“Sajian Ayam Baloq memang lain dari yang lain yang terdapat di Ipoh. Citarasa dan aromanya sangat membangkitkan selera apatah lagi dinikmati dengan 'Sambal Gesek’ pasti bertambah bikin menyengat dan telinga berasap”, begitulah gambaran Mohd Firdauz, salah seorang pengunjung bertapa lazatnya menu baharu ini.

Mohd Firdauz Mohd Zain, 35, berkata sajian Ayam Baloq  merupakan salah satu menu yang sedang popular dan digemari oleh pelbagai bangsa Bandaraya Ipoh ini.

“Ayam Baloq berharga RM10.90, mempunyai citarasa tersendiri yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat kerana pelanggan boleh menentukan tahap kepedasan yang diingini.

“Ia di makan dengan nasi putih bersama sup panas, telur goreng , beberapa potong mentimun segar dan yang paling menarik ialah Sambal Gesek.

“Hidangan ini sebenarnya sangat ringkas tetapi ianya menyelerakan dan sesuai kepada mereka yang seharian sibuk berkerja kerana tidak sempat memasak sendiri.

“Sila cuba sendiri, baharu anda tahu bagaimana lazatnya hidangan ini pada harga yang sangat berbaloi,” katanya ketika ditemual oleh Ipoh Echo/Peraktastic di Gerai Signa7ure beralamat Lot M4 M5, UpTown Ipoh, Night Market, Jalan Sultan Azlan Shah Utara, Ipoh.

 

Mohamad Faiz Mohd Fauzi, 32,  pemilik gerai Signa7ure berkata menu Ayam Baloq boleh dimasak mengikut tahap kepedasan yang diingini para pelanggan agar kepuasan dapat dinikmati walaupun ketika tempahan yang banyak.

“Ayam Baloq diperap sebati dengan rempah kari dan rempah istimewa bersama kicap dan santan segar untuk menambah rasa lemak dan membangkitkan aroma yang harum.

“Walaupun ketika pelanggan ramai dan menerima banyak tempahan, namun kualiti hidangan kami tetap pada tahap terbaik. Kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami.

“Selain itu, Signa7ure turut menyajikan Ayam Kicap Melekit (RM10.90), Laksa (RM7.00) dan Nasi Ayam(RM8.50).

“Buat masa ini kami memfokuskan hanya empat sahaja. Memandangkan sambutan orang ramai yang menggalakkan, mungkin pada masa hadapan kami akan menambah lagi menu yang lebih menarik,” katanya.

 

Sementara itu, Mohd Syaiful Yusuf, 30,  merupakan tukang masak yang bertanggungjawab dengan resipi dan menu Signa7ure  berkata nama Signa7ure diambil sempena 7 bahan yang digunakan untuk memasak Nasi  Ayam. Dari situlah ilham Signa7ure diambil dan diabadikan sebagai nama gerai kami.

“Selain Ayam Baloq, anda juga boleh menikmati Ayam Kicap Melekit yang juga mendapat permintaan tinggi disamping Laksa yang diadun dengan ikan sardin dan ikan tongkol.

“Signa7ure beroperasi setiap hari kecuali hari Khamis bermula 6.00petang hingga 12.00 tengah malam. Jadi, jemputlah datang ke sini sambil membeli belah di Night Market Ipoh,” katanya.

Untuk tempahan bolehlah menghubungi Mohamad Faiz 018 276 6064. - PERAKTASTIC-