Batu Kawan - Terjah dunia angkasa lepas dengan koleksi terbaru IKEA, AFTONSPARV! Kini, bilik tidur anak anda bukan hanya tempat tidur, tetapi petualangan melintasi galaksi yang penuh keajaiban.

Dengan elemen seperti permainan lembut, kadbod kapal angkasa, dan khemah roket, setiap bahagian koleksi ini menyuntikkan semangat penjelajahan dan imaginasi pada kanak-kanak. Yang lebih hebat, bahan mesra alam digunakan untuk memberikan pengajaran kelestarian alam sekitar secara menyeronokkan.

Untuk menyokong hasrat meneroka angkasa lepas, IKEA berkerjasama dengan Angkasawan Pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie. Jelajah bersama beliau ternyata menyala api semangat lebih 200 kanak-kanak di IKEA Batu Kawan.

Menerusi perbualan bersama Sheikh Muszaphar, beliau turut  berkongsi tips, pengalaman dan rahsia kejayaanya sebagai angkasawan.

“Peluang menjadi seorang angkasawan adalah sangat terhad, anda semua haruslah menyediakan diri dengan kekuatan minda dan fizikal.

"Paling penting adalah, kekuatan minda yang positif pasti membawa kejayaan," katanya, mengilhamkan minat dalam bidang sains satu keutamaan.

AFTONSPARV Lands at IKEA Batu Kawan, merupakan siri terakhir jelajah Sheikh Muszaphar di IKEA seluruh negara. Siri jelajah itu bermula di IKEA Damansara, Cheras Tabrau dan Batu Kawan.

Jom sertai kemeriahan! Kunjungi IKEA Batu Kawan dan lihatlah sendiri keajaiban koleksi AFTONSPARV di aras dua. Pasti anda tak sabar untuk memberi anak anda hadiah bilik angkasa lepas yang spektakular! - PERAKTASTIC-

*************

IKEA AFTONSPARV: Space Exploration Collection for Your Little One's Room!

Batu Kawan - Embark on a journey to outer space with IKEA's latest collection, AFTONSPARV! Now, your child's bedroom is not just a place to sleep but an adventure through galaxies full of wonders.

With elements like soft toys, spaceship-shaped bedframes, and rocket tents, each part of this collection injects a spirit of exploration and imagination into children. What's even more impressive is the use of eco-friendly materials, providing an enjoyable lesson on environmental sustainability.

In support of the passion for space exploration, IKEA collaborates with Malaysia's First Astronaut, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie. 

Their nationwide journey together has ignited the spirits of over 200 children at IKEA Batu Kawan.

In a conversation with Sheikh Muszaphar, he shared tips, experiences, and the secrets to his success as an astronaut.

"The opportunity to become an astronaut is very limited; you must prepare yourself mentally and physically. Most importantly, a positive mindset will undoubtedly lead to success," he said, inspiring an emphasis on science as a priority.

AFTONSPARV Lands at IKEA Batu Kawan marks the final leg of Sheikh Muszaphar's journey across all IKEA outlets nationwide. The journey began at IKEA Damansara, Cheras Tabrau, and Batu Kawan.

Join the excitement! Visit IKEA Batu Kawan and witness the magic of the AFTONSPARV collection on the second floor. You're sure to be eager to gift your child a spectacular space-themed room! -PERAKTASTIC-