Ipoh- Pertandingan Innorace Ecopark@MBI berjaya mempromosikan lima lokasi pelancongan di sekitar bandaraya Ipoh.

Kelima-lima produk pelancongan itu ialah Gunung Lang, Gua Masoorat, Petting Zoo, Tasek Cermin, Kek Lok Tong dan Qing Xin Ling. Pertandingan berakhir di Iskandar Polo Club, Tambun.

Ketua kumpulan Charlie, Nur Shuhada Mohamad Azman, berkata menerusi program itu selain dapat membantu kerajaan negeri Perak mempromosikan produk pelancongan negeri, ia juga dapat mengeratkan hubungan warga kerja MBI.

“Setiap tugasan yang diberi sangat mencabar dan memerlukan kesabaran, namun kami dapat menyelesaikannya dengan baik.

“Tugasan di ‘checkpoint 5’ iaitu di Qin Xing Ling paling mencabar kesabaran kami. Setiap peserta dikehendaki bergambar dengan satu objek / arca yang berbeza. Kumpulan kami antara yang terawal sampai di lokasi tersebut, tapi ambil masa yang lama untuk menyelesaikan tugasan ini.

“Aktiviti seperti ini sememangnya berkesan dalam mempromosikan produk pelacongan khususnya di negeri Perak kerana semua peserta pasti akan memuat naik video yang dihasilkan ke laman sosial masing-masing.

“Saya berharap aktiviti ini diteruskan untuk bersama-sama membantu sektor industri pelancongan negeri tambahan pula Tahun Melawat Perak 2024 hanya tinggal sebulan lagi,” katanya kepada Ipoh Echo/Peraktastic sambil ditemani rakan sepasukannya, Muzamer Ahmad dan
Ahmad TarmimiTajudin.

Program yang diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Kualiti dan Penerbitan, Jabatan Perancangan Korporat dengan kerjasama Jabatan Penilaian dan Hartanah MBI telah dirasmikan oleh, Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin di Dataran Bandaraya Ipoh, di sini semalam. - PERAKTASTIC-

 

Selain menyelesaikan tugasan di lima ‘Check Point’, para peserta diwajibkan menyelesaikan beberapa tugasan sampingan yang menguji minda dan kreativiti.

Pemenang menerima sijil, piala dan wang tunai, johan (RM600.00), naib juara (RM500.00) dan ketiga (RM400.00). Manakala hadiah saguhati bernilai RM100.00 kepada 10 pasukan.

Selain hadiah utama, para peserta yang berjaya menghasilkan tugasan tambahan iaitu ‘Vlog’ terbaik turut akan menerima wang tunai berjumlah RM150.00.

Acara penyampaian hadiah kepada pemenang akan diadakan pada 1 Disember 2023 ini sempena Majlis Executive Talk & Sambutan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Perak Peringkat MBI 2023 di Ipoh Convention Centre (ICC).

 

Ends//