Ipoh- Siti Munirah Mohd Ali, 37, membuktikan kerjaya seorang pensyarah tidak menghalangnya muncul sebagai Pemenang Pelajar Terbaik Akademi Teater Perak 13 (AKTEP 13).
 
Menurutnya, penglibatannya sebagai pelajar AKTEP 13 merupakan serampang dua mata dalam menambah ilmu pengajaran dan pembelajaran sebagai seorang pensyarah dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kompas International Kolej, Ipoh.
 
“Setelah menyertai program ini, kenyakinan dan kemahiran komunikasi saya bertambah baik. Begitu juga daya pemikiran saya bertambah kreatif dan pengalaman ini akan saya gunakan untuk menambah baik prestasi kerjaya saya sekarang.
 
“AKTEP melahirkan pelajar yang bukan hanya baik untuk teater malah untuk menjadikan seorang manusia yang berilmu dan beradab. Ilmu di AKTEP 13 berkaitan ilmu kemanusiaan yang boleh digunakan sepanjang kehidupan kita.
 
“Teater mengenalkan kita ilmu kemanusiaan melalui setiap watak yang diberi. Pengalaman ini membuat kita lebih mengenali siapa diri kita dan orang lain. Ilmu ini boleh dijadikan persediaan untuk menghadapi dunia luar yang mencabar,” katanya ketika ditemubual pada Malam Anugerah Akademi Teater Perak Ke-13, di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak (JKKN) baru-baru ini.
 
Malam Anugerah AKTEP 13 itu, menguji bakat dan kemampuan 17 orang pelajar menerusi pementasan teater Biar Ku Dukung karya Yusof Bakar dan olahan Ard Omar. Siti Munirah, memegang watak ibu tunggal kepada tiga orang anak dan anak bongsunya merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).
 
“Watak seorang ibu yang menjaga anak OKU sangat mencabar kerana ianya banyak bermain dengan emosi yang terlalu berat jika dibandingkan dengan usia saya.
 
“Namun, semuanya tidak menjadi halangan, semua yang saya pelajari selama empat minggu di AKTEP telah digunakan sebaik mungkin dan hasilnya sangat menakjubkan.
 
“Semua pelajar AKTEP 13 berbakat dan berjaya menjiwai watak yang diberi. Inilah hasil pembelajaran daripada tenaga pengajar AKTEP 13 yang membimbing kami.
 
'Kemenangan ini, pastinya menyuntik semangat saya untuk terus bergiat dalam seni teater dan sekiranya ada peluang menjadi pelakon saya juga ingin mencubanya,” tegasnya yang menerima replika cek sejumlah RM500, berserta hadiah-hadiah sampingan.
 
 
Tempat kedua, Tang Yuan Sin (RM400); Ketiga, Mai Nurul Atifah Meor Rosli (RM 300); Keempat, Muhamad Safwan Azmi (RM200) dan Kelima, Choong Siew Lee. Me reka turut menerima hadian sampingan dari penaja-panaja.
 
Sementara itu, Pelakon Wanita Terbaik dimenangi oleh Seri Nur Zulaika Abd Halim dan Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi oleh Zulman Zeki Supardi. Masing-masing menerima wang tunai RM50.00. Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah JKKKN Perak, Abdul Rashid Abdullah dan Pengetua AKTEP, Mohd Yusof Najmi Othman. -PERAKTASTIC-