Baboon, BJ dan Adam tarik perhatian pelancongan di Pulau Orang Utan Bukit Merah
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 498
Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah, merupakan destinasi ekopelancongan global yang menarik perhatian pengujung khususnya para pelancong luar negara.
Pulau Orang Utan, terletak di Laketown Bukit Merah. Ia merupakan pusat lindungan, pembiakan, pengekalan, penyelidikan dan pendidikan Orang Utan terunggul di negeri Perak.
Untuk sampai ke pulau ini, pengujung harus menaiki bot dari jeti Resort Bukit Merah Laketown yang mengambil masa lebih kurang 15 hingga 20 unit.
Sebaik sampai di jeti Pulau Orang Utan, kunjungan anda disambut mesra para petugas dan anda akan diberi sedikit penerangan berkaitan Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah sebelum melihat lebih dekat habitat kehidupan sebenar Orang Utan.
Difahamkan terdapat 14 ekor Orang Utan dipelihara di pulau ini mengikut seperti habitat kehidupan asal mereka.
Namun, tidak semua yang dibenarkan bebas. Ada diantaranya harus tinggal di dalam kawasan berpagar kerana terlalu agresif dan boleh bertindak diluar jangkaan.
Seorang pelancong dari Perancis, Argiles Baro Roc berkata antara sebab kenapa beliau memilih Pulau Orang Utan antara destinasi percutian di Perak. Ini kerana beliau ingin mengetahui dan melihat sendiri habitat kehidupan Orang Utan secara semula jadi.
“Saya sangat teruja dan kagum apa yang diusahakan oleh pihak pengurusan Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah dalam memelihara spisis yang terancam ini.
“Ini satu usaha yang baik dalam melindungi Orang Utan dari kepupusan. Saya dapat banyak pengalaman baru terutamanya tentang penjagaan Orang Utan yang merupakan ahli keluarga ‘great ape’ (mawas besar) yang terdapat di Asia.
“Saya dapat mengenali Orang Utan yang diberi nama Baboon yang berusia 37 tahun; BJ,38 tahun, dan Adam, 21 tahun yang sihat dan sesekali berposing seolah-olah mengetahui yang kami sedang berswafoto bersama mereka. Ini sesuatu yang sangat menyeronokan dan saya pasti merindui mereka.
“Saya berharap usaha ini diteruskan kerana dengan cara ini pelancong-pelancong memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan berguna dan dapat menikmati keunikan rupa bentuk Orang Utan dengan jelas dan menakjubkan,” katanya kepada Ipoh Echo/ Peraktastic yang hadir bersama pasangannya.
Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah telah dibangunkan pada 29 Januari 2009 bertujuan sebagai pusat rujukan untuk penyelidikan tentang pemuliharaaan eksitu Orang Utan.
Tempahan tiket dan keterangan lanjut sila hubungi +605-890 8110 and +6019-578 3015 atau layari laman sesawang www.pulauorangutan.com. -PERAKTASTIC-