KUALA LUMPUR: Kejayaan konsert “Majlis Tertinggi Rockqueen” yang menghimpunkan 55,000 peminat disifatkan sebagai bukti kesetiaan luar biasa penyokong terhadap Ella.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal berkata, kejayaan acara berskala mega itu hasil komitmen pasukan produksi serta sokongan tidak berbelah bahagi peminat.

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin meluahkan rasa syukur atas sambutan luar biasa yang membuktikan mesej ‘Peace, Love & Rindu’ benar-benar menyentuh hati masyarakat.

Menurut penganjur, kejayaan itu bakal diteruskan ke peringkat antarabangsa apabila konsert sama dijadual berlangsung di The Star Theatre, Singapura pada 9 Mei 2026.

Konsert berkenaan turut mendapat sokongan pelbagai rakan strategik industri termasuk Perbadanan Stadium Malaysia, stesen radio utama, media rasmi serta beberapa organisasi kebajikan, selaras dengan misi kemanusiaan acara itu.

Penganjur menegaskan konsert berkenaan bukan sekadar meraikan seorang Ratu Rock, sebaliknya menghimpunkan sebuah keluarga besar yang disatukan oleh muzik, cinta, dan rindu. -PERAKTASTIC-