Loken dibuka semula
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1375
IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengumumkan Memory Lane yang lebih dikenali Loken atau Pasar Karat bakal beroperasi semula mulai Ahad, ini.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MBI, pembukaan itu hanya melibatkan Jalan Horley, sementara Jalan Lim Boh Seng masih belum dibenarkan beroperasi.
Pembukaan pada 19 Julai ini hanya melibatkan peniaga-peniaga yang mempunyai lesen bernombor ganjil.
Manakala pelesen bernombor genap akan memulakan operasi pada minggu hadapan iaitu secara berselang seli.
Untuk makluman umum, jualan makanan masih tidak dibenarkan.
Peniaga di Ladies Lane juga boleh beroperasi mulai tarikh yang sama.
MBI berharap pembukaan semula Memory Lane dapat memulihkan sektor ekonomi dan pelancongan di Perak.
Bagaimanapun, MBI akan memastikan semua peniaga-peniaga mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan wabak pandemik Covid-19.