IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan melanjutkan tempoh pengurangan kompaun 30%-50% sehingga Hari Malaysia, 16 September 2020.

Diskaun 50%, pembayaran harus dibuat di dalam tempoh 7 hari dari tarikh kompaun. Bagi Diskaun 40%, pembayaran kompaun mesti dilakukan dalam tempoh 15 hari, dan selepas 7 hari dari tarikh kompaun.

Sementara itu diskaun 30%, pembayaran kompaun mesti dibuat juga dalam tempoh 30 hari dan selepas 15 hari dari tarikh kompaun.

Orang ramai boleh hadir ke kaunter bayaran MBI untuk membuat pembayaran kompaun tersebut.

Bagi kompaun-kompaun yang melebihi 30 hari, pengurangan tersebut hanya boleh didapati di Pejabat Penasihat Undang-Undang, Tingkat 2, Bangunan MBI, Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh.