SLWOT Prihatin Golongan Kurang Upaya
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 644
IPOH- Sempena bulan kemerdekaan ke 63 ini, Sunway Lost World Of Tambun (SLWOT) meraikan 32 orang ahli Persatuan Pemulihan Orang Cacat Perak.
Pengurus Besar SLWOT, Nurul Nuzairi berkata, sebagai warganegara korporat yang bertanggungjawab pihaknya benar-benar memahami akan kepentingan kegembiraan semua orang khususnya golongan yang tidak bernasib baik.
"Kami seringkali mendampingi ahli-ahli komuniti yang kurang bernasib baik dan kami telah memilih Persatuan Pemulihan Orang Cacat Perak untuk memberikan sinar harapan dan kegembiraan ketika bulan kemerdekaan ini," katanya.
Program ini merupakan program tanggungjawab korporat (CSR) yang dijalankan semula selepas terhenti seketika disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.
“Ternyata kesemua ahli kurang bernasib ini gembira menerima jemputan kami. Kegembiraan mereka jelas terlihat apabila mereka berpeluang mencuba pelbagai aktiviti di taman tema ini,” katanya,