Ipoh, 9 September - Miker Pizza melebarkan lagi sayap peniagaan dengan membuka cawangan baru di Medan Gopeng, Gunung Rapat, Ipoh.

Pengarah urusan Mike Pizza, Mohd Amzari Zamri, 36, berkata sambutan menggalakkan serta permintaan tinggi menyebabkannya membuka cawangan baru Miker Pizza.

"Cawangan baru ini mengekalkan konsep dan menu yang sama. Kita juga menambah menu yang pastinya turut menjadi 'signature dish' iaitu spaghetti beef bolognese, spaghetti carbonara chicken ham dan beberapa lagi.

"Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berlarutan, kami sentiasa mengutamakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya ketika ditemubual Peraktastic selepas majlis bacaan doa selamat sempena pembukaan permis baru itu

Mike Pizza membuka permis perniagaan pertama pada 5 Ogos 2019 di Jalan Tun Sambanthan, Ipoh Padang.

Sebanyak 12 jenis menu pizza dihasilkan antara yang paling mendapat sambutan ialah Ultimate Kampung, Meatball Lover dan Crazee Cheese.

Waktu perniagaan permis baru bermula dari jam 11am hingga 11pm setiap hari.