Malim Nawar- P Ramasamy, 71, mendapat sinar baru setelah menerima sumbangan alatan pemulihan yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Dato’ Nolee Ashilin Mohammed Radzi, hari ini.

P Ramasamy merupakan penerima faedah Ilat Perkeso yang mengalami kesukaran berjalan dan mengidap beberapa penyakit kronik yang semakin serius sejak setahun lalu.

Menurut Nolee Ashilin P. Ramasamy merupakan bekas kakitangan Tenaga nasional Berhad cawangan Kampar sebagai pembaca jangka meter. Beliau berkhidmat sejak 1990 hingga 2004.

“Beliau merupakan Orang Berinsuran yang telah disah mengalami masalah kesihatan oleh jemaah doktor rayuan Perkeso. Disebabkan keilatanya itu melayakkan beliay menerima pencen bulanan sebanyak RM1,540.10 melalui Perkeso.

“Hari ini pihak Perkeso telah menyumbangkan bekalan lampin pakar buang dan kerusi roda. Pihak kerajaan negeri juga turut menyumbangkan sedikit saguhati kepada beliau. Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan kos perubatannya”, katanya yang juga merupakan Pengerusi Jawatan Kuasa Perumahan,Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak.

Sementara itu Pengarah Perkeso Negeri Perak, Anthony Arul Dass berkata kesedaran mencarum dan berdaftar dengan Perkeso akan dapat menjamin kebajikan pekerja.

“Melalui caruman yang dibayar ianya dapat meringankan bebanan pekerja dan tanggungan sekiranya ditimpa sesuatu musibah atau masalah kesihatan yang kritikal”, katanya yang turut hadir dikediaman P.Ramasamy di Taman Melor, Malim Nawar.