Malim Nawar-  Kementerian Kesihatan Malaysia Daerah Kampar (KKMDK) menasihatkan Masjid Addin, Kampung Pulau Pisang menangguhkan sebarang aktiviti sementara menunggu proses disinfeksi mengikut  Prosedur Operasi Standard (SOP) yang akan dikeluarkan oleh KKMDK.

Pengerusinya, Jaslee Haron berkata arahan itu dikeluarkan petang tadi kerana KKMDK telah mendapati salah seorang kariah masjid itu telah didapati positif Covid-19 pagi tadi.

"Pesakit telah dinasihati oleh pihak KKMDK untuk menjalani pemeriksaan swab Covid-19  setelah mendapati pesakit mengalami gejala demam seminggu yang lalu.

"Melalui rekod perjalanan pesakit yang tinggal di Simpang Pulai itu, pada 30 October 2020 beliau telah menunaikan sembayang berjemaah di masjid tersebut.

"Justeru itu KKMDK juga akan mengadakan saringan Covid-19 kepada 10 orang kontact rapat dan 30 orang AJK masjid secara berkala," katanya pada satu kenyataan di laman sosial whatapps, hari ini.