IPOH: Kisah anak kecil yang menderita penyakit kronik seperti yang tertular di media sosial baru-baru ini mendapat perhatian dari pihak Menteri Besar Perak.

Isteri Menteri Besar Perak itu, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi yang juga Pengerusi Foodbank Perak, meluangkan masa berkunjung ke rumah Nur Mardhiah Shahadah Addul Hadi, 3 tahun di D'Aman Residensi, Bandar Meru Raya untuk mengetahui lebih lanjut masalah yang dihadapi oleh keluarga itu.

"Saya bagi pihak Menteri Besar memaklumkan akan menyediakan pengangkutan ke mana sahaja rawatan dijalankan memandangkan adik Nur Mardhiah Shahadah perlu mendapatkan rawatan setiap dua minggu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang harus lakukan.

"Selain itu, kita juga akan membayarkan sewa rumah untuk enam bulan dan saya akan cuba merujuk kes anak mereka ini ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan disini, namun ia bergantung kepada kebenaran HKL," katanya yang turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai.

Nur Mardhiah Shahadah merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dengan perkongsian ibunya Nur Natasya Rasid, 24, bersama bekas suami pertamanya. Selepas berpisah Nus Natasya berkhawin dengan Muhammad Iqbal Ramli, 24.

Nur Mardhiah Shahadah disahkan menderita pelbagai penyakit kronik termasuk kanser mata, penyakit genetik iaitu Chromosome 13q Deletion Syndrome, buah pinggang dan paru-paru.

Nur Mardhiah terpaksa menjalani pembedahan suntikan steroid dan membuang lebihan daging pada mata kirinya sejak menghidap penyakit itu ketika bayi lagi.

Menurut Nur Nastaya, mereka terpaksa menunggang motosikal dari Ipoh ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membawa Nur Mardhiah mendapatkan rawatan mendapat setelah memikirkan kesukaran mendapatkan sumber pertolongan dari pelbagai pihak terutamanya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kami bernekat membawa Nur Mardhiah dengan menaiki motosikal kerana tidak mampu untuk mendapatkan kereta sewa memandangkan perbelanjaan kami sendiri tidak mencukupi.

“Kami sangat berterima kasih diatas kunjungan Datin Seri Dr Nomee Ashikin serta semua yang telah membantu kami.

“Pendapatan kami amat terhad memandangkan suami saya telah diberhentikan kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Bantuan dari pihak Menteri Besar dapat meringankan perbelanjaan kami.  Pendapatan suami saya sebanyak RM1000 sebulan sebagai pekerja kontrak sememangnya tidak mencukupi kerana sewa rumah sahaja sebanyak RM800 sebulan.

Kepada yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menyumbang menerusi akaun BSN, Nur Natasya Rasid 1400341000028756.

End//