Malim Nawar, 16 Nov 2020 – Masjid Addin , kampung Pulau Pisang akan beropersi bermula solat fardu subuh  18 November 2020 setelah diberhentikan sementara semua aktiviti bagi mengekang penularan wabak pendemik Covid-19 berikutan seorang kariah masjid itu disahkan positif Covid- 19 semalam.

Pengerusinya Jaslee Harun, berkata arahan pengoperasian semula itu telah dikeluarkan secara bertulis dari Pejabat Pentadbiran Agama Islam Kampar (PPAIK) oleh Ibnu Abbas Azizuddin merangkap Pegawai Tadbir Daerah Kampar, hari ini.

“Mengikut arahan yang dikeluarkan, tiada aktiviti solat fardu di masjid bermula solat zohor 15 haribulan sehingga solat isya 17 November 2020.

“Bagi solat jumaat pula, jumlah  jemaah haruslah tidak melebihi 13 orang yang terdiri daripada imam, bilai, siak yang bertugas dan jawatankuasa. Kesemua kariah tidak melebihi umur 60 tahun. Penjarakan satu meter mengikut SOP juga mesti dipatuhi.

“ Sebarang aktiviti pengimarahan, kelas pengajian dan kemasyarakatan adalah tidak dibenarkan.

Sementara itu Jaslee memaklumkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan kerja-kerja sanitasi ke seluruh bahagian dalam dan luar kawasan Masjid Addin pada petang tadi.

“Pihak KKM juga telah menetapkan proses saringan akan dilakukan pada esok (17 November 2020) yang melibatkan 30 orang kariah termasuk iman dan AJK di dewan orang ramai Kg. Rimba Riang, Pulau Pisang”, katanya ketika dihubungi sebentar tadi.