Majlis Bandaraya Ipoh dan Luncai Emas Sdn Bhd dengan kerjasama FINAS dan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) akan menganjurkan Bengkel Hakcipta dan Bikin Video Muzik.

Bengkel akan berlangsung pada 16-17 Januari 2021 (Sabtu-Ahad) jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang di Dewan Bandaran Ipoh, Ipoh. Terhad kepada 250 penyertaan dengan yuran RM30.00 seorang.

Sham Amir Hussain (Penerbit Eksekutif Luncai Emas) akan menjadi moderator bengkel ini yang turut melibatkan ahli-ahli panel berpengalaman termasuk Dato' Jurey Latiff, (Pengarah Filem) Jennifah Johari (Pengarah Hakcipta) dan Keon Omar (Pengarah Produksi Luncai Emas).

Bengkel ini akan turut dihadiri oleh Dato' M.Nasir sebagai jemputan khas.

Ianya terbuka kepada semua berumur 16 hingga 60 tahun. Hubungi 05-2083250 untuk pertanyaan dan penyertaan.

Semoga bengkel ini akan melahirkan youtuber yang dapat menjana pendapatan melalui saluran yang betul dengan cara yang tepat!!!