IPOH – Anak-anak negeri Perak yang berkelayakan dipelawa untuk memohon Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak Bagi Sesi Pengajian 2021/2022 yang telah dibuka.

Tawaran pinjaman ini adalah terbuka bagi semua peringkat pengajian meliputi diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan kedoktoran (PhD) bagi semua universiti awam dan swasta yang diiktiraf di bawah pinjaman ini.

Bagi program ijazah sarjana muda di luar negara, tajaan adalah kepada pelajar yang menuntut di Mesir dan Jordan sahaja.

Justeru, anak-anak Perak yang berminat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dipelawa untuk memohon pinjaman ini mulai 14 Mac sehingga 30 April depan.
Bagi mengetahui syarat-syarat permohonan bolehlah melayari laman web Sistem Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak http://spptp.perak.gov.my termasuk merujuk senarai pusat pengajian yang ditaja.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi Unit Pinjaman Pengajian Tinggi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (05-209 5000) untuk sambungan Unit Pinjaman Pengajian Tinggi Perak.