BATU GAJAH – Penduduk Batu Gajah yang ingin berniaga semasa bulan puasa nanti boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan permit bazar Ramadan yang ditawarkan oleh Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG).

Permohonan Perimit Bazar Ramadan MDBG 2021M/1442H lebih mudah apabila hanya boleh dimuat turun menerusi laman web MDBG tanpa perlu ke kaunter bermula 22 Mac 2021 hingga 26 Mac ini

Bagaimana pun, orang ramai masih boleh hadir ke Kaunter Pelesenan MDBG bagi mendapatkan borang berkenaan dengan keutamaan permohonan adalah kepada penduduk Batu Gajah sahaja.

Antara lokasi berniaga yang ditawarkan ialah di Dataran Orkid sebanyak 106 lot niaga manakala Taman Batu Gajah Perdana pula 20 lot.

Tiada khemah atau kanopi disediakan manakala bayaran bagi permit dikenakan adalah RM120.

Syarat lain pula mereka yang berniaga mestilah telah mendapatkan suntikan tifoid dan telah menghadiri kursus pengendalian makanan.

Bagi pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung dengan pihak Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran MDBG di talian 05-3632020.

habis