IPOH – Kolej Antarabangsa TAJ (TIC) berbesar hati menyediakan 30 tapak bazar Ramadan secara percuma kepada peniaga-peniaga yang ingin menambah pendapatan sempena bulan puasa ini.

Tapak bazar yang terletak di perkarangan kampus TIC di jalan Tun Abdul Razak, Taman Cherry di sini itu, akan mula beroperasi dari 13 April sehingga 10 Mei (28 Ramadan) setiap hari dari jam 3 petang sehingga 8 malam.

Lokasinya yang strategik dan kawasan parkir yang cukup luas memudahkan pengunjung untuk membeli belah dalam keadaan selesa dan selamat.

Pelbagai gerai jualan serta aktiviti akan dijalankan sepanjang bazar Ramadan ini berlangsung antaranya termasuklah jualan amal, bazar makanan, jualan koleksi pakaian hari raya, ceramah dan solat tarawih bersama ustaz jemputan.

Sehubungan itu, rebutlah peluang keemasan ini sebelum terlambat, memandangkan permohonan untuk slot tapak bazar Ramadan tersebut masih lagi dibuka.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi talian 011-3769 2916 (Sauffi) sebelum tarikh tutup permohonan pada Sabtu, 10 April ini.