IPOH – Penggemar aplikasi Tik Tok boleh mempamerkan bakat terpendam masing-masing sempena kempen mencari calon ‘BintangMU’ yang dianjurkan Hotel MU mulai 16 April ini hingga 10 Mei depan.

Mereka yang berminat untuk menyertai kempen ini, perlu merakam video berserta hidangan yang disajikan di MUnch Café yang terletak di Aras M hotel berkenaan serta memuat naik di aplikasi Tik Tok.

Pengarah Pemasaran Hotel MU, Lanny Lee berkata, kempen yang berlangsung selama empat minggu ini akan membawa tema yang berlainan pada setiap minggu.

“Bagi minggu pertama, perserta perlu membuat gaya ‘mini heart’ (16 sehingga 19 April); diikuti minggu kedua bertemakan video makanan kegemaran anda (20 sehingga 26 April).

“Disusuli minggu ketiga iaitu mencipta tagline kreatif untuk Hotel MU (27 April sehingga 3 Mei) dan minggu terakhir peserta boleh menggunakan kreativiti bebas bagi mempromosikan Hotel MU (4 sehingga 10 Mei).

“Video Tik Tok yang dihantar perlu disertakan dengan tanda pagar (hashtag) #MUHOTELIPOH #BINTANGMU dan #MOHKEIPOH,” jelasnya.

Menurutnya, setiap minggu, seramai 10 peserta yang mendapat jumlah ‘like’ tertinggi dari video Tik Tok tersebut akan dipilih sebagai pemenang.

“Peserta yang berjaya akan menerima baucar makanan dan minuman bernilai RM20 daripada Hotel MU,” ujarnya.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung kempen ini, boleh mengikuti akaun Tik Tok Hotel MU di @muhotelipoh atau hubungi 016-546 9758 (Atilia) /016-526 6676 (Lanny).