48 Penduduk Dipindah Akibat Banjir
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 651
IPOH 18 Mei - Dua buah pusat penempatan sementara (PPS) dibuka di Muallim dan Larut Matang Selama membabitkan 48 orang mangsa terjejas akibat banjir sejak semalam.
PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Slim menempatkan 25 mangsa manakala PPS Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi pula seramai 23 orang.
Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam kenyataan di sini memberitahu, jumlah tersebut melibatkan 17 keluarga dengan pecahan 28 lelaki dan bakinya perempuan.
PPS Sekolah Tebing Tinggi dibuka pada pukul 2 pagi tadi apabila hujan lebat melebihi menyebabkan berlaku banjir kilat.
Setakat ini air banjir masih belum surut dan semua agensi bersiap-siaga selain memantau keadaan.