IPOH - Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengalakkan warga kota untuk menggunakan transaksi atas talian bagi buat pembayaran bil. 

Platform ini digunakan bagi kurangkan interaksi secara bersemuka dan membantu mengekang penularan Covid-19. 
 
Orang ramai boleh menyemak dan membayar cukai taksiran, lesen, sewaan, bil cagaran, bil pelbagai dan kompaun melalui platform secara dalam talian yang disediakan. 
 
Pembayaran boleh dilakukan melalui eBayaran yang disediakan di portal rasmi MBI www.mbi.gov.my; PBTPay https://pbtpay.kpkt.gov.my; aplikasi Park@Perak (untuk pembayaran kompaun sahaja); perbankan internet dan JomPay (bil cukai taksiran sahaja). 
 
Jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung transaksi dalam talian ini, boleh hubungi talian 05-255 1515 (9 pagi hingga 2 petang kecuali cuti umum) atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.