IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sekali lagi turun padang menyampaikan sumbangan tambahan 200 pek makanan kepada tiga lokaliti yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud menyampaikan sumbangan tersebut kepada Penghulu Besar Ipoh, Dr Mohd Sani Kamaruddin di Bilik Gerakan PKPD di sini, hari ini.

PKPD di Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Kampung Jelapang Baru dan Kampung Sungai Tapah telah dilaksanakan sejak 6 Jun dan dijangka tamat pada 19 Jun ini.

Selasa lalu, MBI dengan kerjasama Pasaraya Econsave telah menyumbang 200 pek makanan kepada kawasan berkenaan.

Semoga bantuan pek makanan yang disampaikan kepada penduduk terbabit dapat meringankan beban penduduk di tiga lokaliti tersebut.