IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil inisiatif melaksanakan pertanian bandar (urban farming) secara tradisi dan manual di Perpustakaan Tun Razak (PTR) sejak Februari tahun ini

Projek berkenaan dilaksanakan pegawai dan anggota PTR bagi menyahut seruan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud yang menggalakkan pertanian bandar sekaligus menghijaukan bandaraya Ipoh.

Melalui projek ini, secara tidak langsung membantu anggota-anggota PTR mendapat sayur-sayuran secara percuma dan menjimatkan kos perbelanjaan harian terutamanya dalam pandemik Covid-19.

Justeru, bagi memperkembangkan projek itu, pihak pengurusan PTR berjaya mendapat bantuan dari Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) untuk mempelajari cara penanaman teknologi hidroponik yg menggunakan tenaga solar pada bulan Mei yang lalu.

Hasil bantuan SADC, anggota-anggota PTR berjaya mengadakan dua laman tanaman pertanian bandar iaitu tanaman tradisi dan tanaman hiroponik di perkarangan PTR.

Antara tanaman yang terdapat di laman tersebut termasuklah kailan, cili, salad, bayam , halia , sawi  dan sayur-sayuran kampung.

Semoga projek tersebut dapat memupuk kesedaran dan minat terhadap kepentingan pertanian dan lebih banyak pertanian bandar akan wujud bagi menyokong usaha kerajaan dalam menjamin kualiti dan sekuriti makanan.