IPOH – Tuition Labz memberi peluang kepada pelajar di negeri Perak untuk menambah ilmu pengetahuan mereka sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini melalui kelas tuisyen yang diadakan dalam talian secara percuma.

Inisiatif yang dicetuskan Bonanza Educare di bawah naungan Bonanza Venture Holdings Group ini dilaksanakan bagi membantu pelajar sekolah rendah dan menengah supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran sepanjang tempoh PKP.

Pengarah Pendidikan Bonanza Educare, Evelyn Chen berkata, pelajar yang menyertai kelas tuisyen ini akan diajar sekumpulan guru yang berpengalaman dan bertauliah dalam bidang masing-masing.

“Melalui Tuition Labz, pelajar berpeluang memperolehi mendapat pendidikan yang berkualiti walapun berada di rumah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, antara subjek yang ditawarkan dalam kelas tuisyen tersebut adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin, Sains, Matematik, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan.

“Kelas tuisyen ini akan dijalankan seminggu sekali selama satu jam bagi setiap subjek sepanjang bulan Julai dan Ogos.

“Pelajar yang mengikuti kelas tuisyen ini akan dibahagikan mengikut umur dan tahap iaitu tahun satu hingga tiga, tahun empat hingga enam, tingkatan satu hingga tiga dan tingkatan empat hingga lima,” jelasnya

Beliau berkata, kelas yang akan dijalankan adalah percuma. Bagaimanapun, peserta perlu membayar RM20 untuk kos pentadbiran untuk setiap subjek bagi tempoh dua bulan pada Julai dan Ogos.

“Pelajar yang berminat untuk menyertai kelas tusiyen ini digalakkan untuk mendaftar segera memandangkan tempat adalah terhad,” ujarnya.

Bagi mereka yang ingin mengikuti kelas tuisyen ini di Perak, boleh mendaftar dengan melayari laman sesawang https://ilti.edu.my/tuition-labz/ atau facebook.com/iltiipoh, emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau hubungi 010-395 3067/010-396 3067/05-255 3067 untuk maklumat lanjut.