- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1201

Ipoh- Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) terharu kerana terlalu ramai mendoakan kebahagiannya seandainya beliau mendirikan rumah tangga.
Ketika dihubungi Peraktastic, DSV berkata sejak tersebarnya berita beliau bakal melangsungkan pernikahan bersama bekas pembantu peribadinya Ahmad Iqbal Zulkefli, beliau dihujani pelbagai pertanyaan dan mendoakan kebahagiaannya.
"Ya Allah, terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan saya bahagia di dunia hingga ke akhirat.
"Terima kasih banyak-banyak kepada orang Perak kerana sentiasa menyokong dan mendoakan saya. Begitu juga seluruh yang mengenali saya di Malaysia, Singapura dan Brunai. Setiap hari mencurah-curah doa untuk saya. Hanya Allah yang membalas kebaikan semua, " katanya menerusi pesanan suara WhatsApp hari ini.
Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 50, hanya berkata 'tunggu' apabila ditanya berapakah hantaran ditetapkan kepada pihak lelaki.
Malah beliau meminta orang Perak khususnya agar bersabar menanti pengumuman tarikh pernikahannya.
"Saya akan pastikan persiapan yang rapi dan tampil seperti seorang permaisuri sebagai raja sehari.
"Saya juga sedang mencari lokasi terbaik untuk melangsungkan majlis pernikahan nanti. Apa pun tunggu, insya Allah," katanya sambil diselangi dengan ketawa gembira.
Sementara itu, menjawab soalan apakah anak kesayangannya Cik B bersedia menerima seorang ayah baru, Vida hanya menjawab Cik B masih dalam proses menerima kenyataan.
Vida pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali. Perkahwinan pertamanya dengan seorang lelaki bernama Mohd. Amin Yassin, 43, pada 2000 namun bercerai pada 2008.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikree, Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zaquan.
Selepas itu penyanyi lagu I am me itu juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014 namun berakhir dgn penceraiq pada 7 April 2017.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1103

Manjung- Lumut sebuah lokasi persinggahan membeli belah hasil makanan laut kini seumpama 'pekan zombie'.
Tinjauan Peraktastic ke lokasi pelancongan ini mendapati hampir semua kedai-kedai menjual hasil laut dan pakaian ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
- Details
- Komuniti
- Hits: 960

- Details
- Komuniti
- Hits: 1217

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memohon maaf di atas gangguan berhubung perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan yang berlaku di beberapa kawasan di sekitar bandar raya Ipoh.
Read more: MBI - Gangguan perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan awam
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 982

IPOH – Koloni Karyawan Aman Jaya (PORT) dengan kerjasama Gerakan Seni Ipoh bakal menganjurkan program Simposium Muzik Ipoh (Ipoh Music Symposium - IMS) buat kali ketiga dan kali ini bertemakan Muzik Nusantara: Menelusuri Tradisi dan Kontemporari menggabungkan seniman tanahair dan negara jiran Indonesia.
Tahun lalu, penganjuran sama dengan tema Rock Kapak menempa kejayaan tersendiri apabila telah menarik kira-kira 150,000 pengunjung secara dalam talian.
Pengurus Besar PORT, Nur Hanim Dato’ Mohamed Khairuddin berkata, penganjuran edisi kali ini yang juga diadakan secara dalam talian turut dijangka mendapat sambutan tambahan pula dengan penglibatan karyawan dua negara berjiran.
Menurut beliau, acara berprestij ini dianjurkan bersama kerajaan negeri Perak selain disokong oleh pihak Cendana (Cultural Economy Development Agency) dan Tourism Perak.
“Selama dua hari, simposium secara maya menyediakan pelbagai pengisian yang menarik selain sesi wacana, persembahan pentas secara rakaman dan juga promosi buku-buku bertemakan seni.
“Ia menampilkan nama-nama besar antaranya komposer terkenal tanah air Datuk M.Nasir dan ahli muzik multi genre Indonesia, Dwiki Dharmawan selain pembentangan simposium oleh 23 karyawan serta penggiat seni ternama,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sesi sidang akhbar IMS 2021 secara dalam talian yang turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Perak,
Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.
Nama-nama besar yang terlibat dalam IMS 2021 nanti seperti komposer dan pemenang Anugerah Juara Lagu, Manan Ngah; komposer dan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Azam Dungun; pengasas Pusaka, Eddin Khoo dan pengasas Citra Research Center Indonesia, Dr. Citra Aryandari.
IMS 2021 antara lain diwujudkan untuk mengumpul input dan pelbagai perspektif mengenai bidang muzik melalui pembentangan makalah melalui panelis jemputan bagi membuka perbincangan serta kesan seni muzik ke atas masyarakat khususnya generasi muda.
Pengisian programnya meliputi sesi simposium, forum ‘Identiti dan Globalisasi’, forum ‘Loloq Dalam Kenangan’, konsert nusantara, promosi dan diskusi buku serta bengkel muzik.
Kata Hanim lagi, Konsert Nusantara akan diadakan secara langsung dalam talian di media sosial Facebook PORT Ipoh pada 2 Oktober bermula pukul 9 malam selama dua jam.
Konsert ini menampilkan persembahan Datuk M. Nasir, kumpulan Raksar, kumpulan Selendang Perak, Sada Borneo, Margasatwa, Space Gambus Experiment serta seniman Orang Asli iaitu Herry dan Alang Luhiew Renaweij.
Sementara kata Nolee Ashilin, IMS 2021 akan menjadi platform perkongsian dan pertukaran idea, saranan dan kritikan demi menyuburkan keberadaan muzik tempatan.
“Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha-usaha penggiat seni tanahair khususnya melibatkan karyawan Perak sendiri.
“IMS 2021 walaupun dilakukan secara dalam talian tetapi ia juga melibatkan penyertaan ramai karyawan selain tenaga kerja tempatan di belakang tabir untuk menjayakan program ini seperti persembahan dan simposium,” ujar beliau.







