- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 636
TAIPING - Sikap penting diri segelintir masyarakat yang tiada kesedaran sivik membuang sampah sehingga mengotorkan persekitaran menyebabkan Jalan Susur Paduka Setia 2, RPT Paduka Setia, Kampung Taiping sini ditutup.
Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menerusi hantaran pada laman Facebook rasmi memberitahu, tindakan tersebut diambil setelah pelbagai usaha dilakukan gagal membendung sikap buruk tersebut.
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 852
IPOH – Sebuah kedai memproses dan menjual kacang putih popular di Kampung Kacang Putih, Buntong di sini musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 1.08 pagi Ahad.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1131
IPOH- Kerajaan negeri menerusi Tourism Perak berharap sempena pembukaan semula Kinta Riverwalk bakal menarik lebih ramai kunjungan pelancongan ke bandaraya Ipoh.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Dato’ Nolee Ashilin Mohammad Radzi berkata untuk tahun 2022 sasaran 6 juta pelancongan ke negeri Perak mampu dicapai memandangkan sektor pelancongan kembali rancak walaupun masih lagi dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 674
𝗟𝗨𝗠𝗨𝗧 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak telah menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C kerana melanggar syarat sah lesen di posisi lebih kurang 5.5 batu nautika timur Pulau Jarak pada pukul 5.05 petang 11 Januari lepas.
Pengarah Maritim negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan berkenaan dilakukan oleh Kapal Maritim (KM) Nyalau yang sedang melaksanakan Op Benteng dan Op Pintas di persempadanan perairan negeri Perak.
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 639
SERI ISKANDAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri Perak dengan kerjasama Food Bank Malaysia telah menyerahkan sumbangan makanan kepada beberapa penerima di UiTM Seri Iskandar.
KPDNHEP negeri Perak dalam hantaran menerusi laman media sosial rasminya memberitahu, kira-kira 60 orang pelajar daripada golongan asnaf memperolehi manfaat daripada program ini.
Read more: KPDNHEP Perak, Good Bank Malaysia beri sumbangan pada pelajar UiTM