- Details
- Written by Rubiah Nordin
- Category: Komuniti
- Hits: 920
TAIPING - Seorang kanak-kanak tersepit tangan pada mesin pengukir tepung dalam kejadian di Markas Pas, Pintu Gerbang Sungai Petai dekat Bukit Gantang di sini.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.10 pagi.
- Details
- Written by Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Category: Komuniti
- Hits: 888

IPOH- Hubungan dua hala antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan Bandaraya Nanning, China memberi manfaat kepada rakyat negeri Perak khususnya dalam pasca pandemik ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, YB Mohd Akmal Kamaruddin berkata usaha MBI yang bukan sahaja menumpukan kepada pembangunan dan kelestarian bandaraya Ipoh tetapi keprihatian yang ditunjukkan oleh Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin Md@ Daud dalam menangani krisis COVID-19 sentiasa berterusan.
- Details
- Written by Rubiah Nordin
- Category: Komuniti
- Hits: 1142
IPOH - Kumpulan Sunway bakal buka pusat perubatan dan pusat membeli belah dalam perbandaran bersepadu Bandar Sunway Ipoh berkeluasan 1,350 ekar menjelang tahun 2025.
Pengasas yang juga Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Datuk Seri Dr. Jeffry Cheah berkata, kerja perluasan Jalan Tambun bernilai RM16 juta merupakan tambahan baharu kepada pelaburan kumpulan bernilai RM2 ribu juta di bandar tersebut.
Read more: Sunway sasar buka hospital dan pusat membeli-belah baharu 2025
- Details
- Written by Sheqal Danish
- Category: Komuniti
- Hits: 926
IPOH - Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa tempatan berhubung notis pengusiran beberapa tokong yang dibina di dalam gua.
Menurut beliau, pihaknya akan bertemu dengan Pengarah Pejabat Tabah dan Galian negeri dan Pegawai Daerah Kinta bagi mendapatkan gambaran sebenar.
Read more: Bina kuil dalam gua, akan bincang dalam Mesyuarat EXCO - MB
- Details
- Written by Rubiah Nordin
- Category: Komuniti
- Hits: 1563
IPOH - Kira-kira 30,000 kenderaan yang melalui Jalan Tambun bakal menarik nafas lega apabila tiada lagi lampu trafik di Jalan Tambun apabila projek menaik taraf simpang susur masuk Jalan Persekutuan 240 (Ampang-Jelapang) sehingga ke persimpangan lampu isyarat Taman Perpaduan, siap sepenuhnya September ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, projek kolaborasi bagi menaik taraf Jalan Tambun antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Sunway City Ipoh Sdn. Bhd., bertujuan untuk melancarkan aliran lalulintas di jalan tersebut selari dengan pembangunan di kawasan Bandar Sunway Ipoh.







