IPOH – Pembinaan tandas yang dijalankan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melalui projek MBI Prihatin di rumah warga emas di Jalan Tampoi, Sungai Rokam pada Sabtu lalu sudah siap sepenuhnya semalam.

Tinjauan Peraktastic ke rumah Fatimah Ismail, 75, hari ini mendapati tandas baru itu disambungkan di dalam bilik air rumah sedia ada.

Fatimah berkata, dia tidak perlu takut lagi untuk ke tandas pada waktu malam memandangkan ia sudah disambungkan ke dalam rumah.

“Tandas ini lebih selesa dan saya berasa selamat untuk menggunakannya pada waktu malam kerana tidak perlu lagi ke luar rumah seperti dulu,” katanya yang telah menetap di rumah itu lebih 58 tahun.

Sebelum ini, tandas rumah terbabit berada di belakang rumah dan warga emas terbabit terpaksa keluar rumah untuk menggunakannya.

Sebelum ini, Peraktastic melaporkan MBI mengambil inisiatif membina tandas demi keselesaan dan keselamatan ibu tunggal terbabit dengan peruntukan kira-kira RM2,000 untuk pembelian bahan binaan serta kos berkaitan.

Seramai 10 orang anggota tentera dari 2 Skuadron Rejimen Askar (Jurutera) di-Raja, Taiping dan 2 Renjer, Ipoh bekerjasama dalam membantu untuk membina tandas itu.

Klik pautan http://peraktastic.com/p1/index.php/komuniti/509-bina-tandas-baru-untuk-warga-emas-mbi-prihatin.html untuk berita sebelum ini.