IPOH - Keadaan lopak besar pada jalan di Terminal Bas Amanjaya (Mydin Meru Raya) dipercayai berpunca daripada injap sistem perpaipan air milik Lembaga Air Perak (LAP) di bawah jalan.

Punca berkenaan dikenalpasti susulan pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak Puncak Emas Infra Sdn Bhd (PEISB).

MANJUNG - Pantai Peranginan Teluk Senangin, Lumut menerima kunjungan 60 orang pegawai, anggota dan keluarga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Teluk Intan untuk melaksanakan gotong-royong.

Penglibatan mereka dalam program tanggungjawab sosial korporat ini bagi memupuk kesedaran awam terhadap kelestarian alam sekitar.

 

Ipoh – Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin@Md Daud mahukan semua poster, kain rentang dan bendera parti politik dibuka semula sebelum 3 Disember 2022.

Menurut beliau, fenomena ‘perang bendera’ di sekitar bandar raya Ipoh sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) masih belum ditanggalkan sepenuhnya.

IPOH: Kes demam denggi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merekodkan peningkatan sebanyak 486 kes sehingga 26 November lalu (Minggu Epid: 47) dengan satu kes kematian dilaporkan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 319 kes iaitu 191.0 peratus berbanding 167 kes dengan satu kematian pada tempoh sama tahun lalu.

 

Ipoh: Seramai 1,500 orang hadir memeriahkan acara bulanan Ipoh Car Free Day (ICFD) yang berlangsung di Persiaran Bandaraya, Jalan Sultan Abdul Jalil hari ini.

Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin@Md Daud berkata program ICFD siri ke tujuh itu, menampilkan tema Hari Kanak-Kanak Sedunia yang disambut pada 20 November setiap tahun.