IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sekali lagi mengorak langkah ke hadapan dengan jalinan kerjasama mewujudkan Bandaraya Persahabatan bersama Bursa Metropolitan Municipality Council, Turkiye.

Jalinan kerjasama bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) di Turkiye itu dizahirkan dengan kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Syarikat Orakci Makina, Ergun Sensoy serta Pengurus Jualan dan Pemasaran, Ceyhun Kan hari ini.

IPOH: Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas dari keluarga B40 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi, di sini, boleh memohon untuk manfaat Program Bantuan Alat Pendengaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari berkata program tersebut merupakan inisiatif pejabatnya dengan kerjasama dua penaja.

IPOH - Isu keadaan lalu lintas di Bandar Seri Botani sememangnya memerlukan satu jalan penyelesaian dicari supaya ia tidak berlarutan selain memberi keselesaan kepada orang ramai.

Baru-baru ini Ketua Biro Strategik MCA Gopeng, Ir Dr. Lee Wai Yin bersama Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Kaunselor Annuar Baharuddin telah turun padang meninjau keadaan

IPOH - Banjir kilat menyebabkan 93 mangsa di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Chepor di sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sri Klebang.

Sehingga pukul 8 pagi, jumlah berkenaan meningkat berbanding 55 semalam.

IPOH: Struktur Jambatan Sungai Pari di Jalan Gurdwara, Buntong di sini, dijamin dalam keadaan baik dan selamat digunakan oleh pengguna jalan raya, ujar Ketua Penolong Jurutera Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Mohd Zamri Mohd.

Beliau berkata, tidak timbul sebarang masalah atau kerosakan pada jambatan yang dipercayai berusia lebih 30 tahun itu, seperti yang tular baru-baru ini di media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp.