IPOH: Platform digital Perak Box Office dijangka dapat meningkatkan industri pelancongan di negeri ini dengan membantu menonjolkan aktiviti serta acara menarik kepada orang ramai.

Perak Box Office merupakan platform penjualan tiket unik khusus untuk negeri Perak, di samping berperanan membantu para pemain industri pelancongan memodenkan pemasaran masing-masing.

IPOH: Sasaran untuk mengguna pakai secara menyeluruh sistem parkir tanpa tunai di Perak pada tahun ini, belum tercapai susulan kekangan yang ada di beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, pada permulaannya pihaknya menjangkakan pengunaan sepenuhnya sistem itu bermula tahun ini, namun maklum balas daripada PBT menyebabkan ia terpaksa dilanjutkan.

IPOH: Kerajaan negeri menyangkal dakwaan bahawa lokasi batu granit porfiritik di Gunung Bujang Melaka, Kampar, sudah dibuka kepada orang ramai dengan kadar bayaran tertentu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, sehingga kini pemilik tanah di lokasi berkenaan belum bersedia untuk membuka kawasan itu bagi kunjungan umum.

IPOH: Perak sedang meneliti keperluan bagi operator pelancongan yang terbabit aktiviti sukan lasak dikawal selia oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) atau agensi berkaitan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, susulan insiden wanita parah selepas kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan (ATV) dinaiki jatuh dari tebing di Baru Kurau, kelmarin.

IPOH - Perbandanan Pembangunan Pertanian negeri Perak (Perak SADC) telah melaksanakan agihan keuntungan Ladang Rakyat kepada para penerima di tiga daerah pada Selasa dan Khamis lepas.

Seramai 200 penerima di Bagan Datuk mendapat durian runtuh pada agihan yang dijalankan di Dewan Tertutup Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Bagan Datuk.