lan sejarah lebih 100 tahun yang juga mercu tanda bandar di sini, Paip Besar Gopeng wajar digazetkan bawah Akta Warisan serta dipulihara sebagai salah satu lokasi bersejarah negara.

Paip Besar Gopeng yang dibina pada tahun 1908 ini terletak bersebelahan jalan utama, dekat jalan Persekutuan di bandar Gopeng.

Ipoh: Kumpulan HIBANA  muncul juara Explorace 2022 setelah berjaya melengkapkan tugasan di lima check point yang diberi dengan catatan masa 58 minit.

Ahli kumpulan seramai empat orang itu, diketuai oleh Mohd. Razlin Roslan, 37, berkata kejayaan mengalahkan 45 peserta lain adalah kerana persafahaman dan ketangkasan mengatur strategi-strategi.

KUALA KANGSAR: Satu kejadian kluster Influenza-Like-Illness (ILI) melibatkan sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Ipoh dikesan pada Selasa lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata, kluster tersebut dikesan apabila Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta menerima makluman daripada pihak warden asrama bahawa beberapa orang pelajar mengalami gejala batuk.

TELUK INTAN: Gara-gara cemburu, seorang pelajar lelaki Tingkatan 2 menjadi mangsa pukul 10 pelajar lain dalam kejadian di bilik asrama sekolah di sini, pada Khamis lalu.

Tidak cukup dengan itu, mangsa berusia 14 tahun itu turut dicederakan dengan seterika panas pada tubuh badannya.

IPOH - Kehadiran lebih 2,000 hadirin termasuk ibu bapa bersama ahli keluarga memeriahkan lagi Kejohanan Olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan (SMK RPS) kali ke-70 pagi tadi.

Padang SMK RPS berubah wajah apabila hiasan warna-warni khemah mengikut warna tema rumah sukan menceriakan lagi temasya tersebut.