IPOH - Sebanyak RM40 juta peruntukan telah diterima Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sehingga 27 Julai 2021 lalu bagi pelbagai projek infrastruktur di bandar ini.

Daripada jumlah tersebut, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerima RM3,140,668, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan  (RM8,059,968) dan Unit Perancang Ekonomi   Negeri Perak (RM19,936,499).

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil inisiatif menyediakan lima unit rumah transit di Blok G, Rumah Pangsa Waller Court bagi membantu golongan miskin mengejut yang terjejas ekoran pandemik Covid-19. 

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata, rumah transit yang dijangka sedia diduduki mulai Ogos ini mempunyai satu bilik dan satu bilik air itu lengkap dengan perabot, dapur termasuk barangan makanan. 

IPOH – Jambatan Sungai Kledang sepanjang 100 meter yang ditutup akibat kekerapan hujan sehingga menyebabkan rebak sejak September tahun lalu, dibuka semula hari ini.

Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Zon 16 (Tebing Tinggi), Datuk Ahmad Hariri Kamarudin berkata, jambatan yang bernilai RM1.7 juta ini mengambil masa kira-kira 36 minggu untuk disiapkan.

IPOH- Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Indera Mulia, dipilih sebagai PPV pertama menerima sumbangan makanan menerusi Program MBI Prihatin.

Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata misi program MBI Prihatin diperluaskan lagi dengan memberi tumpuan kepada petugas-petugas barisan hadapan dan sukarelawan.

TAIPING - Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan mengeluarkan lesen perniagaan secara bulanan kepada penjaja dan peniaga kecil dengan bayaran hanya RM15 sebulan.

Inisiatif mengenakan caj sedemikian sebagai tanda prihatin dengan nasib rakyat yang terkesan disebabkan pandemik Covid-19.