IPOH: Politeknik Ungku Omar dengan kerjasama Alumni Politeknik Ungku Omar (PUO) baru-baru ini telah menganjurkan majlis perjumpaan bekas pelajar tahun 1971/1973, di sini.

Lebih istimewa apabila perjumpaan tersebut dihadiri oleh bekas tenaga pengajar PUO dari German, Helmut Ullrich.

IPOH: Tindakan penguatkuasaan lebih tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang mengabaikan isu kebersihan, khususnya para peniaga di bandar raya ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang tidak mengendahkan isu kebersihan, sekali gus memberi imej buruk kepada negeri Perak.

IPOH: Kes demam denggi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencatatkan peningkatan dengan 65 kes dilaporkan sehingga 21 Januari lalu (Minggu Epid: 3).

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, peningkatan itu adalah sebanyak 51 kes (364.3 peratus) berbanding dengan 14 kes pada tempoh sama tahun lalu.

IPOH: Ipoh telah diberi gelaran sebagai bandar paling murah di Asia dan dunia bagi persekolahan antarabangsa pada 2022 oleh Pangkalan Data Sekolah Antarabangsa (ISD), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Menurut kajian itu, seperti tahun sebelumnya, China terus mendominasi sebagai negara paling mahal di Asia untuk sekolah antarabangsa.

IPOH - Hospital Ar-Ridzuan dan ReGen Rehab Hospital hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dalam penyediaan kesihatan berkaitan rawatan rehabilitasi.

Memorandum ini bagi mewujudkan kerjasama untuk menyediakan kemudahan rehabilitasi di Hospital Ar-Ridzuan di sini.