Anda tidak perlu menjadi pengkaji atau pencinta sejarah untuk benar-benar menghayati kisah yang diabadikan di pameran Antara 2 Darurat, bertempat di Muzium Darul Ridzuan, Ipoh.

Melangkah masuk ke dalam muzium ini dan melihat sendiri maklumat dan tinggalan sejarah yang dipamerkan sudah cukup meruntun hati para pengunjung, termasuk menyemarakkan semula semangat patriotik berbilang bangsa.

IPOH- Video pendek ‘Kupi & Roti’ yang diketengahkan oleh Muhammad Amran Azhar, 27, berjaya menarik perhatian pihak juri untuk muncul sebagai johan pertandingan Perak Food Hunter 2.0 (PFH2.0).

Menurut Amran, idea menghasilkan video pengusaha kecil yang ditemuinya di Taman Rekreasi Padang Polo menimbulkan minat untuk dijadikan bahan bagi mencuba nasib kali kedua dalam pertandingan PFH2.0.

 

Fenomena hakisan yang mempengaruhi geomortologi pinggir pantai Teluk Nipah dan Pantai Coral diramalkan bakal menjejaskan industri pelancongan dalam masa 10 tahun akan datang sekiranya tidak dibendung.

Menyedari risiko itu, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Sivil dan Alam Sekitar, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Dr Teh Hee Min berkata Projek Mewujudkan Persekitaran Pantai  Lestari Teluk Nipah UTP, antara inisiatif menangani masalah hakisan yang semakin meruncing.

Kehadiran pengkaji dan delegasi dari Thailand dalam meneroka warisan dan sejarah bijih timah di negara ini, lebih tepat lagi di Perak sememangnya membuka dimensi jaringan kerjasama lebih luas dua negara.

Kehadiran kira-kira 20 orang tetamu dari Thailand itu di negeri ini merupakan sebahagian daripada misi Jejak Warisan Bijih Timah antara Thailand dan Malaysia.

IPOH: Sebanyak sembilan notis penangguhan sementara operasi termasuk amaran berwaspada dikeluarkan kepada premis di bandar raya ini, yang menjalankan operasi di kawasan dikenal pasti berisiko tinggi berlaku bencana kepala air, banjir dan kawasan cerun.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini termasuk memastikan mereka mengambil langkah berjaga-jaga.