MANJUNG - Majlis Perbandaran Manjung telah diiktiraf pada peringkat antarabangsa apabila Tandas Awam Esplanade Lumut telah menerima anugerah The 2nd ASEAN Public Toilet Award 2023-2024.

Anugerah tersebut diterima pada ASEAN Tourism Forum 2023 yang berlangsung di Hotel Marriott Yogyakarta, Indonesia.

MANJUNG: Khidmat anggota bomba diperlukan bagi membantu mengeluarkan seorang kanak-kanak yang terkunci di dalam kereta di pekarangan sebuah pasar raya, di sini pada Ahad.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kanak-kanak lelaki berusia 1 tahun itu terkunci dalam kereta ketika ibunya sedang memasukkan barang ke dalam kenderaan jenis Hyundai.

TANJUNG MALIM: Menghayati kisah sejarah bukanlah hanya menerusi pembacaan namun ianya boleh dihayati menerusi pelbagai cara.

Mural yang dilukis di Lorong Seni Muallim, mampu menarik perhatian para pengunjung sekali gus dapat mengetahui kisah pergolakan sewaktu di zaman perang.

IPOH: Buat julungkalinya Pendidikan Perubahan Iklim khusus untuk warga Pendidik di bawah Program Eco-Schools disampaikan dengan jayanya kepada 35 orang guru di Perak.

MB Inc. Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menjadi organisasi pertama yang menyambut baik penganjuran latihan ini yang melibatkan guru di negeri ini.

IPOH - Negara kehilangan seorang lagi insan seni apabila kartunis lagenda, Fatah Ngah, 70, yang terkenal dengan kartun Lagak A. Mamud dalam majalah humor, Gila-Gila meninggal dunia di rumahnya di Kampung Alor Tembusu, Dungun, Terengganu.