KUALA KANGSAR: Seramai 50 orang pelajar Pusat Kecemerlangan Universiti Sultan Azlan Shah (UBC) 2022, menerima biasiswa 'Fast Track', manakala tiga lagi menerima Skim Pembiayaan Tertiari.

Di samping itu, 13 orang turut menerima bantuan sekali beri bagi pengajian tahun ini di universiti terbabit.

 

IPOH- Seramai 16 orang jelitawan seluruh Malaysia bakal berentap untuk muncul sebagai juara Miss Malaysia Tourism Pageant 2022 (MMTP2022) pada 23 September 2022 ini.

Presiden Miss Tourism International, Tan Sri Danny Ooi berkata pengajuran MMTP2022 selain mencungkil bakat baru dalam bidang pragawati ia juga mampu membantu mempromosikan produk pelancongan yang ada di negeri Perak.

IPOH - Satu platform pencarian kerja dikenali sebagai Aplikasi Talent Perak telah diperkenalkan kerajaan negeri Perak sebagai inisiatif memudahkan anak-anak negeri ini mencari pekerjaan.

Menerusi aplikasi tersebut, pencari kerja tidak perlu lagi mengemukakan resume secara fizikal.

IPOH - Idea penganjuran Kejohanan Sukan Integrasi Komuniti akan diperluaskan pada lain-lain Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Perak pada masa hadapan.

Ini kerana ia dilihat berjaya sebagai platform menyatukan masyarakat pelbagai kelompok sepertimana yang dijelaskan dalam konteks Keluarga Malaysia.

IPOH - Kejohanan Sukan Integrasi Komuniti Bandaraya Ipoh yang dianjurkan buat kali pertama melabuhkan tirainya petang tadi dalam suasana penuh keceriaan dan semangat kesukanan.

Acara sukan komuniti yang menampilkan penyertaan 24 zon dalam Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia 2022 merebut Piala YAB Menteri Besar Perak.