- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 1073

IPOH - Persatuan Kebajikan Sosial, Sukan dan Kebudayaan Kinta Ipoh telah menyumbangkan sebuah komputer dan pencetak kepada (Kelab Rekreasi India Buntong (IRC) di sini semalam.
Sumbangan itu bagi kegunaan operasi kelab berkenaan yang turut menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
Majlis penyerahan disempurnakan Presiden Persatuan Kebajikan Sosial, Sukan dan Kebudayaan Kinta Ipoh, P.Yuvaraj kepada Pengerusi IRC, V. Sivananthan.
Selain itu turut menyerahkan sumbangan ialah pemilik syarikat Easy Computer, N.Devan.
Menurut Yuvaraj, sumbangan itu adalah sebahagian daripada usaha murni pihaknya untuk membantu IRC
“Kita memahami keperluan kelab untuk mendapatkan kemudahan seperti ini dan segera mempercepatkan sumbangan.
“Diharap bantuan ini dimanfaatkan sebaiknya khususnya warga IRC untuk kelancaran operasi harian,” katanya.
Turut hadir pada majlis penyerahan ini ialah Naib Pengerusi IRC, Saganadesan serta ahli-ahli Jawatankuasa IRC.
Sementara itu, Sivananthan berkata, kelab itu ditubuhkan sejak 70 tahun lalu dan sepanjang tempoh itu pelbagai aktiviti yang telah dijalankan untuk masyarakat India.
"Saya berterima kasih kepada Persatuan Kebajikan Sosial Sukan Dan Kebudayaan Kinta Ipoh atas sumbangan yang diberikan," ujarnya.
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 797

IPOH - Selepas 15 jam hilang, helikopter malang yang dipercayai terhempas di sebuah kawasan hutan dekat Bidor ditemui dengan juruterbangnya meninggal dunia.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri pada sidang akhbar di pekarangan Balai Polis Bidor pagi tadi.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1028

IPOH: Pesta Tanglung yang menjadi Jejak Warisan Kantonis di bandar raya ini, berupaya melonjakkan industri pelancongan di sini dengan keunikan dan auranya.
Jejak Warisan yang diwujudkan daripada tiga kaum utama itu juga melambangkan keharmonian serta perpaduan Keluarga Malaysia.
Read more: Jejak Warisan Kantonis: Pesta Tanglung lonjak industri pelancongan di Ipoh
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 878

BATU GAJAH - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjalinkan kerjasama dengan The Treasure @ Taman Herba bagi memperkasakan industri ekopelancongan di negeri Perak.
Ia juga antara inisiatif KTMB bagi mempromosikan pelancongan keretapi atau rail tourism.
Read more: KTMB - The Treasure @ Taman Herba jalin kerjasama memperkasakan ekopelancongan Perak.
- Details
- Saloma
- Komuniti
- Hits: 818

TAIPING: Keunikan dan keistimewaan yang ada di Jalan Berek di tengah-tengah bandar warisan di sini, berpotensi besar menjadi lokasi baharu bagi menggamit lebih ramai pengunjung ke Taiping.
Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, usaha 10 premis perniagaan yang melakukan pemuliharaan dan konservasi bangunan, menyerlahkan lagi keindahan dan reka bentuk warisan bangunan silam.
Read more: Lestarikan Jalan Berek, lokasi unik dan menarik gamit pengunjung ke Taiping







