IPOH: Kes demam denggi mencatatkan peningkatan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), yang didorong dengan musim hujan berterusan sejak awal bulan Mei lalu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, sehingga 23 Julai (Minggu Epid:29), sebanyak 270 kes denggi telah dilaporkan di sekitar bandar raya Ipoh.

PASIR SALAK: Bukan mahu mengagungkan, jauh sekali mengiktiraf pendudukan penjajah khususnya British di Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

Inisiatif untuk membersihkan kubur J.W.W Birch di Bandar Baru tidak jauh dari Kampung Teluk Memali, di sini baru-baru ini mendapat reaksi pelbagai daripada lapisan masyarakat, tentu sahaja banyak komen sinis di laman sosial Facebook.

IPOH - Seramai 417 pelajar menerima Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2022 daripada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) melibatkan dana zakat berjumlah RM417,000.

Majlis penyampaian biasiswa pelajaran itu di Hotel Impiana pada 19 Julai lalu.

IPOH: Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Pepatah itu sesuai untuk menggambarkan penglibatan pelajar sekolah dalam program My Love PTR- Maal Hijrah, yang berlangsung di Perpustakaan Tun Razak hari ini.

IPOH - Sepasukan anggota Briged Kedua Infantri Malaysia (2 Bgd) telah melaksanakan program jiwa murni membersihkan bangunan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Negeri Perak, Cawangan Ipoh di Bangunan Persatuan Medan Kidd pada Khamis lalu.

Mereka terdiri daripada dua pegawai dan 30 anggota dari Markas 2 Bgd dan Skuadron Semboyan Briged Kedua Infantri (2 SSB).