IPOH - Warga bandaraya Ipoh akan menjadi contoh bagaimana penyertaan sosial dalam memerangi wabak denggi agar usaha mereka nanti boleh diteladani.

Ini kerana dalam indeks sosial, markah penyertaan sosial adalah tinggi dan atas sebab itu penglibatan maksimum komuniti adalah penting.

Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud berkata, sasaran sekurang-kurangnya 90 peratus dapat dicapai warga Ipoh sekali gus boleh menjadi contoh pada penduduk lain di seluruh negara.

"Ipoh akan menjadi pendahulu di negeri Perak dalam usaha memerangi wabak denggi yang telah pun kita gerakkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan komuniti setempat.

"MBI telah mencalonkan lokaliti RPT Batu 8, Hulu Kinta untuk dilaksanakan Kempen Membasmi Wabak dan Hotspot Denggi," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Kempen Kesihatan Persekitaran Tahun 2022 Membasmi Wabak dan Hotspot Denggi di RPT Batu 8, Hulu Kinta pagi tadi.

Turut hadir Ahli Majlis Zon 2 Hulu Kinta, Kaunselor Puteri Holijah Muhamad Rali, Ahli-Ahli Majlis, ketua-ketua jabatan MBI serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Pemilihan lokaliti RPT Batu 8 adalah berdasarkan data yang dibekalkan oleh PKD Kinta dimana lokaliti RPT Batu 8 telah diistiharkan lokaliti Wabak Terkawal dan kemudian diisytiharkan lokaliti hotspot dengan tarikh tamat 15 Jun 2022.

Sehingga 1 Jun 2022, sebanyak 9 kes demam denggi telah dilaporkan di lokaliti RPT Batu 8 Ulu Kinta.

Menurut Datuk Bandar, penglibatan masyarakat dalam usaha membanteras penularan penyakit demam denggi memang tidak dapat disangkal.

Jelas beliau, penglibatan mereka melalui projek COMBI Denggi memang telah menunjukkan keberkesanannya.

"Aktiviti pasukan COMBI yang diselaraskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kinta diharap akan dapat ditambah dari semasa ke semasa.

"Sokongan padu dan kerjasama yang erat oleh semua pihak dalam membanteras denggi perlu diteruskan dan dipertingkatkan lagi.

"Semoga Ipoh akan mencapai hasrat untuk menjadi bandaraya contoh selain menjadi bandar raya terbersih menjelang 2023," ujarnya

IPOH - Kes demam denggi di seluruh negara yang dilaporkan meningkat dengan ketara berbanding tahun lalu perlu diberi perhatian sebelum pihak.

Jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan dari Januari hingga 16 Julai 2022 di bandaraya Ipoh adalah 266 kes, berbanding 101 kes bagi tempoh yang sama tahun 2021.

IPOH- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan terus mengekalkan matlamat penganjuran program Ipoh Car Free Day dalam usaha menjadikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Rendah Karbon menjelang 2030.

Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi Baharin@Md Daud berkata selaras dengan slogan Gaya Hidup Lebih Bersih, Hijau dan Pintar (Cleaner, Greener & Smart Lifestyle) mampu mempertingkatkan kesedaran dikalangan wargakota mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar dalam mengamalkan gaya hidup hijau dan rendah karbon.

IPOH: Pelancaran Lorong Seni@Lorong Panglima di sini hari ini merupakan kesinambungan kepada Lorong Concubine, yang mampu menarik lebih ramai pengunjung ke bandar raya Ipoh khususnya dan Perak amnya.

Bukan sahaja meriah dengan barisan peniaga dan produk jualan, lorong ini turut mengetengahkan pameran kraftangan termasuk peralatan muzik pelbagai kaum.

IPOH: Pembetulan akan dibuat jika benar terdapat percanggahan fakta sama ada Juruterbang Amerika Syarikat, Amelia Earhart pernah mendarat di Lapangan Terbang Tekah, Taiping atau sebaliknya.

Ia berkait rapat dengan isu mural Amelia Earhart pada dinding sebuah premis di Jalan Abdul Jalil, Taiping.