- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 932

TAPAH – Seramai 200 penerima terdiri daripada kalangan penduduk setempat menerima agihan keuntungan Ladang Rakyat Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) daerah Batang Padang yang telah berlangsung di Arena Merdeka Tapah baru-baru ini.
Majlis yang diadakan mengikut garis panduan SOP ketat itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan.
Hadir sama ialah Pegawai Daerah Batang Padang, Shahrul Affendi Baharuddin dan Pengurus Besar Korporat Sosial PPPNP, Mohd Zaid Zulkifli.
PPPNP menerusi hantaran pada laman media sosialnya memaklumkan, setiap penerima mendapat wang agihan sebanyak RM300.
Menurut paparan itu, agihan ini juga diharap dapat meringankan beban dalam menampung perbelanjaan harian, khususnya pada mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
“Agihan sama turut dilaksanakan di Slim River sebelum itu bagi keuntungan Ladang Rakyat PPPNP daerah Mualim telah berlangsung di Pejabat Penghulu Mukim Slim.
“Dalam majlis itu, sebanyak 200 penerima terdiri dikalangan masyarakat setempat telah menerima wang agihan sebanyak RM300 setiap seorang,” ujar paparan berkenaan.
Majlis penyampaian agihan telah disempurnakan oleh ADUN Slim, Mohd Zaidi Aziz.
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 2618

IPOH – Pasukan 69 Komando (Vat 69) Polis Diraja Malaysia yang berpangkalan di Kem Ulu Kinta di sini genap berusia 52 tahun apabila menyambut ulangtahun penubuhannya pada Ahad lalu.
Majlis sambutan itu telah dihadiri dan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hazani Ghazali.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 834

IPOH- Bersempena ulang tahun pertama BioFri, dua buah persatuan kebajikan menerima sumbagan bagi meringankan beban golongan kurang bernasib baik.
Pengasas BioFri, Frida Khong berkata sumbangan yang dihulurkan adalah bersempena ulang tahun pertama BIoFri yang kini kian mendapat sambutan di pasaran.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1042

IPOH - Perjalanan terakhir pengarah dan penerbit terkenal, Mamat Khalid, 58, diiringi lebih 300 kenalan, sahabat handai khususnya penggiat seni setempat yang hadir di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampong Paloh di sini.
Jenazah disempurnakan selepas solat Zohor.
Read more: Jenazah pengarah tersohor, Mamat Khalid selamat dikebumikan
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 913

TAPAH - Sebanyak 20 buah rumah penduduk di Jalan Besar, Kampung Poh Tambahan di Bidor dekat sini terjejas ekoran banjir kilat berpunca daripada pembentung pecah dari lombong berdekatan.
Kejadian yang berlaku pagi tadi menyebabkan air melimpah masuk ke kawasan kampung.
Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.01 pagi.
Menurut jurucakap itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor telah dihantar ke kawasan tersebut.
"Air lombong yang melimpah menyebabkan 20 kediaman penduduk dinaiki air antara satu hingga dua kaki.
"Komander operasi mengarahkan satu keluarga dipindahkan manakala kira-kira 70 keluarga berpindah sementara ke surau kampung tersebut," ujar jurucakap tersebut.
Bagaimanapun, kesemua penduduk telah pun kembali ke kediaman masing-masing apabila air banjir surut.
Operasi pemantauan diketuai PBK II Ahmad Tarmizi itu tamat pada pukul 3.50 petang.
Sementara itu, seramai 19 penduduk dua buah kampung di daerah Larut Matang dan Selama masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir di Sungai Temelok, Bukit Gantang Khamis lalu
Dua PPS yang dibuka masing-masing di Sekolah Kebangsaan (SK) Temelok dan SK Matang.
Kejadian banjir di kampung itu berlaku kerana selekoh ban tebing Sungai Temelok yang rebak menyebabkan air sungai melimpah masuk ke kawasan penempatan mereka.




