TANJUNG MALIM - Pemandu bersama kelindan sebuah lori cedera termasuk seorang parah setelah terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah lori di Kilometer 396.0 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini petang tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.52 petang.

Menurut jurucakap itu, kemalangan berlaku apabila sebuah lori lima tan melanggar belakang lori jenis sama menyebabkan pemandu dan kelindannya tersepit.

"Sebaik menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim dikejar ke lokasi kejadian.

"Semasa bomba tiba, pemeriksaan mendapati dua mangsa lelaki tersepit pada bahagian pemandu dan penumpang lori," ujar jurucakap tersebut.

Komander operasi kemudian mengarahkan kerja-kerja mengeluarkan pemandu yang mengalami kecederaan patah kaki manakala kelindannya pula parah.

"Kedua-dua mangsa dipasangkan c-collar sebelum kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan.

"Pemandu lori dan kelindannya kemudian dikejarkan ke Hospital Slim River bagi rawatan lanjut," ujarnya.

Operasi yang diketuai PBK II Ibrahim Mat Isa itu tamat sepenuhnya pada pukul 4.36 petang.

PARIT BUNTAR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) nelayan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut di Pengkalan Persiaran Laut Kuala Kurau di sini berakhir apabila mayatnya ditemui.

Mayat mangsa ditemui nelayan pukul 9.45 pagi terapung pada jarak 7.4 batu nautika arah barat muara Kuala Kurau dekat sini.

IPOH – Seramai 382 pelatih Perajurit Muda Muda Udara (PjM U) Siri 64/21 telah menyempunrakan upacara mengangkat sumpah di Dataran Skuadron Latihan PjM U, Akademi Tentera Udara (ATU) di sini semalam.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam paparan pada laman Facebook rasminya memberitahu, pengambilan PjM U Siri 64/21 ini melibatkan seramai 405 orang calon lelaki yang hadir dari seluruh pelusuk negara.

SELAMA - Sayu hati melihat keadaannya yang terlantar pada ketika insan lain seusianya sedang keluar bekerja bagi mencari rezeki buat keluarga tercinta.

Namun, apakan daya ujian kesihatan ditanggungnya membataskan Mohd. Rosdi Mat Shohor apabila hanya terlantar di rumah untuk diuruskan isterinya di Taman Menteri di sini.

Jika di tanya kepada penonton generasi kini, siapa yang tidak mengenali Mamat Khalid? Pengarah tersohor yang mencetuskan fenomena lakon layar genre yang agak luar biasa.

Namun kini, nama ini hanya tinggal kenangan apabila, beliau telah pun pergi meninggalkan kita semua pada 24 Oktober lalu.