PANGKOR - Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang mangsa dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah berhampiran pejabat pos Pulau Pangkor di sini petang tadi.

Semasa kejadian, penghuni tersebut berada di dalam sebuah rumah bersebelahan dengan kediaman yang sedang terbakar itu.

IPOH - Jangkaan 80 peratus penduduk dewasa di negeri ini lengkap divaksin dicapai menerusi angka terbaru kelmarin sekali gus menepati sepertimana jangkaan.

Data yang dikeluarkan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Perak itu menunjukkan 80.2 peratus atau 1,494,272 penduduk dewasa telah menerima dua dos suntikan Covid-19. 

TANJUNG MALIM – Seramai 3,120 pelajar baharu ijazah pertama mula mendaftar hari ini sebagai warga baharu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi sesi akademik 2021/2022.

Kesemua mereka akan mengikuti pengajian dalam 48 program iaitu 33 program pendidikan manakala 15 program bukan pendidikan.

 

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merupakan PBT yang pertama di negeri Perak yang melaksanakan penambahbaikan D-MBI@Ipoh Gerbang Digital MBI ke sistem Single Platform atas talian sehingga ke Versi 3.0.

Datuk Bandar Ipoh,  Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata, evolusi sistem ini telah bermula sejak tahun 2012 dengan sistem e-Semak & e-Cetak dan seterusnya diikuti pula oleh sistem eBayaran@MBI pada tahun 2013. 

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memperuntukkan RM300,000 bagi menaiktarafkan Dewan Serbaguna Manjoi sebagai Klinik Sementara Manjoi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Sains Alam Sekitar dan Teknologi  Hijau Negeri Perak, Muhammad Akmal Kamarudin berkata Kerajaan Negeri Perak memohon Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk membantu melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf klinik tersebut.