TAIPING - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Nasib 15 keluarga di Taman Sri Kota, Taman Mas Taiping (Air Kuning) dan sekitar Pokok Assam yang dilanda musibah banjir baru-baru ini mendapat perhatian.

TELUK INTAN - Ramai yang tidak sedar minyak masak terpakai boleh memberi pendapatan sampingan kerana bahan buangan ini dicari.

Selain boleh dikitar semula untuk dijadikan bahan seperti biodiesel, minyak masak terpakai boleh digunakan untuk membuat lilin, pencuci, sabun serta makanan haiwan.

TAIPING: Tindakan mencurigakan seorang pemandu lori yang mengisi minyak berulang kali di beberapa stesen minyak, akhirnya membongkarkan aktiviti penyelewengan diesel di stesen minyak Batu 2 1/2, Jalan Simpang, di sini semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Perak (KPDNHEP), Saifullizan Kamarul Zaman berkata, operasi bermula jam 4.30 petang itu adalah hasil pemantauan harian yang dijalankan oleh anggota penguat kuasa di stesen minyak sekitar Taiping.

KUALA KANGSAR - Seramai 300 peserta terdiri daripada masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubok Merbau serta luar daerah ini menyertai Kayuhan Perak Sejahtera @ Lubok Merbau minggu lalu.

Acara ini bersempena Program Menteri Besar Bersama Rakyat (MESRA) @ Sekuriti Makanan.

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak menahan dua buah bot nelayan tempatan (BNT) kelas B, pada kedudukan 5.3 dan 5.2 batu nautika barat daya Tanjung Lomba-Lomba, kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, tangkapan berkenaan dilakukan oleh bot Maritim Malaysia dalam rondaan rutin di sekitar perairan Pulau Sembilan.