Oleh : Saloma- Peraktastic

IPOH: Jangan hanya bila berlaku kemalangan jiwa, baru hendak salurkan peruntukan untuk naik taraf jambatan ini, ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manjoi, Datuk Asmuni Awi.

Beliau merujuk kepada keadaan jalan di jambatan Sungai Pari di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Chepor yang menjadi laluan harian serta jalan pintas kepada ribuan pengguna jalan raya.

 

Setiap pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan, pasti mengharapkan sesuatu yang indah di hari persandingan sebagaikan kenangan abadi.

Namun, krisis pandemik Covid-19 selama dua tahun menyaksikan kelumpuhan semua sektor ekonomi dunia. Paling menyedihkan kenaikan mendadak harga barangan memusnahkan impian mempelai melangsungkan majlis bersejarah seperti yang dirancang awal.

IPOH: Kontrak Majuperak Utilities Management Sdn Bhd (MUMSB) untuk menguruskan kerja berkaitan pungutan sampah di beberapa kawasan di negeri ini tidak akan disambung.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata perkara itu diputuskan selepas pihaknya mengadakan perjumpaan dengan syarikat berkenaan baru-baru ini.

IPOH: Perak akan tetap melaksanakan kaedah pembenihan awan meskipun paras air di empangan Kolam Bukit Merah di Bagan Serai menunjukkan sedikit peningkatan berbanding sebelumnya.

Ujar Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, pembenihan awan perlu dilaksanakan memandangkan empangan tersebut tidak mempunyai mata air atau sumber yang mencukupi seperti tasik lain.

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menahan dua bot nelayan tempatan di kedudukan dua batu nautika barat daya muara Sungai Belukang, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, tangkapan berkenaan dilakukan oleh bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan rutin di perairan Pulau Sembilan.