- Details
- Rubiah Nordin
- Komuniti
- Hits: 872
IPOH - Penganjuran Ipoh International Art Festival (IIAF) 2021 berupaya membawa mesej yang jelas kepada masyarakat khususnya kepada warga Perak Darul Ridzuan, bahawa seni juga boleh memainkan peranan yang sama penting dengan bidang-bidang profesional yang lain.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pameran seni bukan sahaja menonjolkan keunikan, malah mengajar kita untuk lebih menghargai seni dan kreativiti sebagai inspirasi kepada kehidupan manusia.
Read more: IIFA 2021 : Bidang seni setaraf bidang profesional - MB Perak
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 808
IPOH – Halangan aliran air pada longkang utama selain hujan lebat yang berterusan menjadi punca kejadian banjir kilat di Taman Cempaka di sini malam tadi yang menyebabkan beberapa jalan di kawasan kejiranan itu ditenggelami air sedalam 0.6 meter.
Pemantauan pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta kontraktor projek dan wakil penduduk mendapati tiga jambatan pejalan kaki yang merentangi longkang utama di situ menyebabkan air terhalang.
Read more: Air terhalang, hujan lebat punca banjir kilat di Taman Cempaka
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 896
IPOH – Satu kejadian banjir kilat berlaku di Taman Cempaka di sini malam tadi menyebabkan ada kawasan di sekitarnya ditenggelami air setinggi 0.6 meter.
Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.07 malam Jumaat.
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 745
IPOH – Pengguna di negeri ini yang ingin ke kawasan tanah tinggi Cameron Highlands masih perlu melalui Jalan Tapah – Cameron Highlands sebagai laluan alternatif berikutan Jalan Simpang Pulai-Blue Valley ke Cameron Highlands di sini masih ditutup untuk semua jenis kenderaan.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta dalam satu kenyataan memberitahu, ini kerana pemeriksaan semasa yang dijalankan mendapati kejadian kegagalan cerun masih berlaku akibat hujan lebat yang berterusan.
Read more: Jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands masih ditutup
- Details
- Rubiah Nordin
- Komuniti
- Hits: 733
IPOH - Ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah di asrama penuh digesa untuk memantau perubahan sikap anak masing-masing, agar insiden buli tidak berlaku.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, selain itu warden asrama dan para guru turut berperanan untuk bertindak sekiranya menyedari perubahan pada diri pelajar.







