- Details
- Written by Sheqal Danish
- Category: Komuniti
- Hits: 761
IPOH – Kerajaan negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2022 Perak dengan defisit sebanyak RM50 juta.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, belanjawan tersebut dianggarkan RM1.1 bilion dengan RM803 juta untuk belanja mengurus dan RM302 juta lagi bagi pembangunan.
Read more: Belanjawan 2022 Perak tumpu lima fokus khusus untuk kemakmuran negeri, rakyat
- Details
- Written by Rubiah Nordin
- Category: Komuniti
- Hits: 928
Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Syed Azman Syed Ghazali berkata pemasangan jeriji kekal mempunyai risiko tinggi dan berbahaya khususnya apabila berlaku kebakaran.
Menurutnya berdasarkan kepada pengalaman, kerja-kerja menyelamat menjadi sukar pada masa sama, mangsa juga terperangkap di dalam rumah kerana memasang jeriji kekal.
“Elakkan pemasangan jeriji kekal ini kerana berdasarkan kepada kes-kes lepas, kebanyakkan mangsa kebakaran rumah (gagal diselamatkan) kerana pemasangan jeriji kekal.
“Kita faham daripada segi keselamatan, seperti bimbang rumah akan dimasuki pencuri dan sebagainya. Tetapi kita nasihatkan agar sekurang-kurangnya ada satu (tingkap) alternatif yang boleh keluar ketika kecemasan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Kempen Keselamatan Kebakaran dan Pelancaran Poster Kempen Keselamatan Kebakaran bersama Perak Transit Berhad di Terminal Bas Amanjaya di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, Syed Azman berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan pemasangan jeriji kekal pada tingkap menjadi pilihan kebanyakkan pemilik rumah di Perak atas faktor kos yang rendah berbanding jeriji yang boleh dibuka.
“Walaupun kosnya murah tetapi kita harus fikirkan dari segi keselamatan ketika saat-saat kecemasan. Lagi pun kos pemasangan jeriji tidak perlu berulang, yang mana jeriji itu mampu bertahan untuk tempoh yang lama.
“Apa salahnya untuk kita keluarkan sedikit wang demi keselamatan kita sendiri. Tidak perlu semuanya jeriji yang boleh dibuka, cukup untuk satu atau dua sahaja,” ujar beliau lagi
Tambahnya JBPM Perak sentiasa bersedia untuk memberi penerangan dan nasihat kepada orang awam tentang pemasangan jeriji yang lebih selamat sekiranya diminta.
Selain itu, beliau juga menasihatkan orang ramai untuk mempunyai satu alat pemadam api di setiap rumah masing-masing sebagai langkah awal mengawal kebakaran.
Sementara itu, katanya daripada 16,579 panggilan kecemasan yang diterima JBPM Perak, 3,942 panggilan membabitkan kes kebakaran bagi tempoh Januari sehingga hari ini.
Katanya lagi untuk kes kebakaran, sebanyak sembilan kes membabitkan kematian, 39 cedera sementara 95 terselamat, selain RM53 juta kerugian harta akibat kebakaran dicatatkan bagi tempoh sama.
- Details
- Written by Sheqal Danish
- Category: Komuniti
- Hits: 1081
LUMUT - Lapangan Terbang Pangkor akan menerima semula pesawat untuk mendarat seterusnya kembali menjadi salah satu pintu masuk ke pulau pelancongan tersebut, tahun depan.
Mulai 22 Januari depan, lapangan terbang ini akan menerima penerbangan pertama dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang, Selangor.
Read more: Lapangan Terbang Pangkor kembali terima pesawat bermula Januari depan
- Details
- Written by Sheqal Danish
- Category: Komuniti
- Hits: 958
SUNGAI SIPUT - Seekor harimau kumbang yang dipercayai telah menyerang seorang pemuda Orang Asli ditembak mati oleh anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Perak dalam satu operasi pagi tadi.
Harimau kumbang itu sedang dijejaki pihak Perhilitan susulan kejadian yang menyebabkan pemuda itu cedera parah.
- Details
- Written by Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Category: Komuniti
- Hits: 960
BATU GAJAH - Kerja baikpulih cerun sepanjang 100 meter di laluan Jalan Simpang Pulai-Blue Valley akan dilakukan secara terperinci sebelum dibuka kepada umum.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kejadian tanah runtuh yang melibatkan dua nyawa terkorban di kawasan terbabit perlu mengambil masa untuk proses baikpulih dan tidak terburu-buru.
Read more: JKR laksanakan baikpulih tanah runtuh secara terperinci







