IPOH – Sebuah lagi sekolah berasrama dikesan merekodkan kes pelajarnya dijangkiti Covid-19 menjadikan sebagai sebagai kes kedua selepas Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar.

Kes terbaharu ini melibatkan pelajar sebuah sekolah agama di Jalan Selekoh, Bagan Datuk, yang difahamkan daripada kluster Batu 20 Selekoh dengan dua kes baharu setakat semalam.

IPOH - Program Bridge Virtual Summer Camp 2021 yang berlangsung secara maya, berjaya menyatukan budaya dan ideologi para peserta dari 40 buah negara di rantau Asia Pasifik.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin@Md Daud berkata program yang disertai oleh para pelajar dari pelbagai negara ini, diadakan  setiap Ahad minggu keempat bermula 22 Ogos hingga 17 Oktober 2021.

IPOH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kenderaan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 39 Jalan Simpang Pulai- Cameron Highlands di sini ditamatkan petang tadi.

Ini setelah pasukan penyelamat yang diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Perak mendapati tiada lagi tanda-tanda mangsa lain.

IPOH - Sebanyak 19 kedai makan, restoran dan terak makanan yang terletak di Lembah Kuala Kangsar telah diperiksa penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri Perak.

Pemeriksaan itu dilakukan menerusi Ops Menu yang memfokuskan pada penandaan tanda harga dan penggunaan alat timbang yang telah ditentusahkan agar pengguna jelas dengan pilihan harga makanan yang ditawarkan oleh peniaga.

IPOH – Orang ramai diingkatkan supaya tidak mengambil mudah tentang kawalan kendiri yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan bagi mengelak jangkitan Covid-19 serta mengikut pematuhan dengan penuh disiplin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains dan Alam Sekitar negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, ia sebagai langkah berjaga-jaga susulan pengumuman kes pertama positif varian Omicron yang disahkan di negeri ini.