- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 754

LENGGONG - Seramai 95 pelajar anak-anak Lenggong yang cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 35 pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima sumbangan atas pencapaian mereka.
Ini sebagai suatu pengiktirafan kepada anak anak Lenggong yang berjaya selain menjadi pencetus semangat bagi kejayaan seterusnya.
Read more: Pelajar cemerlang SPM, STPM dalam Parlimen Lenggong terima sumbangan
- Details
- Rubiah Nordin
- Komuniti
- Hits: 782
IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Pasaraya Econsave sebagai rakan strategik MBI.
Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin@Md Daud berkata, sejak pelaksanaan PKP pada 18 Mac 2020, MBI telah melancarkan Program MBI Prihatin yang turut memberi manfaat kepad kira-kira 10,000 penerima bantuan dalam bentuk sumbangan makanan.
Read more: MBI dan Econsave tandatangani MOU sebagai rakan Strategik
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 670
BATU GAJAH - Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang di kawasan kebun kepala sawit di Kampung Air Papan, Tanjung Tualang dekat sini semalam.
Mangsa yang berumur 85 tahun dipercayai hilang kira-kira pukul 9 pagi semalam sebelum kejadian itu dilaporkan kepada polis.
Read more: Warga emas dikhuatiri hilang dalam kebun kelapa sawit
- Details
- Rubiah Nordin
- Komuniti
- Hits: 778

IPOH - Perak satu-satunya negeri yang akan memperkenalkan pakej pelancong Islamik tidak lama lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Mohammed Radzi berkata, selain memperkukuhkan pakej pelancongan sedia ada, ia akan memperluaskan pakej Jejak Masjid dengan menambah bilangan masjid dengan menjadikan Masjid Panglima Bukit Gantang di Ipoh sebagai pusat maklumat dan mini galeri untuk tujuan tersebut.
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 757
TANJUNG MALIM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi mencipta kejayaaan pada tahun ini apabila diumumkan berada pada kedudukan 101 dunia dalam bidang ekonomi baharu (emerging economies) dalam senarai The World University Ranking 2022.
Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md. Amin Md Taff berkata, kejayaan tersebut adalah pengiktirafan kepada UPSI sebagai sebuah universiti berteraskan pendidikan yang berusia 100 tahun selain menyerlahkan pencapaian universiti berkenaan.
Read more: UPSI antara universiti terbaik bidang ekonomi baharu






