Lebih 200 peserta hadir pada program Persidangan Hari Wanita Antarabangsa 2022 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC) di sini hari ini.

Konvensyen sehari yang disertai para profesional dan pemimpin pelbagai peringkat ini bertujuan mengangkat martabat kaum wanita sebagai barisan utama masyarakat.

Program yang julung-julung kalinya diadakan di IICC ini merupakan anjuran bersama Bond Holdings Sdn. Bhd., Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) .

Tetamu utama dan hadir merasmikan program ini ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Bertemakan 'Kesamaan Gender Bagi Kesinambungan Masa Hadapan' ini dimulakan dengan ucaptama daripada dua pengerusi penganjur bersama iaitu Prof Dr Ku Zilati Ku Shaari dari UTP dan Dr. Carrine Teoh Choo Shi (Bond Holdings).

Pada majlis sama juga turut menyaksikan pelancaran anugerah Top Women in Security - ASEAN Award 2022.